|
About Me ![]() My Dreams ![]() Superduper Hero <3 ![]()
| 8 Tanda Si Dia Ikhlas dengan Kamu
1. Bersahaja Dia tidak akan berpura-pura menjadi orang lain atau berlakon baik semata-mata mahu menambat hati kamu. Sebaliknya si dia akan kelihatan tenang dan bersahaja setiap kali berdepan dengan kamu. 2. Gembira Bersama Tiada paksaan atau lakonan di wajahnya. Ekspresi gembira jelas terpancar di wajahnya ketika kalian bertemu atau menghabiskan masa bersama. 3. Terima Kamu Seadanya Dia menerima kelebihan dan kelemahan diri kamu seadanya. Dia tidak memaksa kamu menjadi orang lain bagi memenuhi ciri-ciri pasangan idamannya. 4. Jujur Baik dari segi percakapan mahupun perlakuan, dia ikhlas dan berterus-terang dengan kamu. Kaki penipu biasanya bijak mengatur ayat manis tapi orang yang jujur akan menggunakan bahasa yang biasa. 5. Hormat Di awal perkenalan sehingga kamu bersama sebagai kekasih, dia menghormati kamu dan tidak sesekali dia cuba mengambil kesempatan atau mengasari kamu dengan perbuatan atau percakapannya. 6. Bertemu Dengan Keluarga Jika dia memang ikhlas, dia tidak akan keberatan untuk berkenalan dengan keluarga kamu dan dia juga akan membawa kamu bertemu dengan keluarganya. 7. Tidak Menyembunyikan Kawan Orang yang ikhlas mencintai kamu akan bersikap terbuka dan tidak akan menyembunyikan kawankawannya daripada kamu. 8. Mengambil Berat Walau sesibuk mana pun, dia akan menghubungi kamu untuk bertanyakan khabar. Kesungguhannya mengambil berat ini membuktikan yang dia amat menghargai kamu sebagai pasangannya. *tips di atas copy from majalah remaja :) DULU DIA ADE SEMUA TANDA TANDA KAT ATAS NI. HMM KITORANG BAHAGIA JE DULU. TAPI SEKARANG TAK DAH SEBAB DIA DAH ADE SOMEONE YANG LAGI SPECIAL DARI I. TAKPE I REDHA I DOAKAN DIA BAHAGIA <3
|