|
About Me ![]() My Dreams ![]() Superduper Hero <3 ![]()
| Surprise For Me
Venue : Taman Tasik Putrajaya
Date : 31 Julai 2012
Theme : Kelabu Shirt
Plan nak pergi celebrate birthday boyfriend kakngah. So balik kerja kitorang terus shoot bangi sebab nak cari restoran nasi ayam penyek. Al maklum la kakngah nak penuhi permintaan boyfriend dia yang teringin sangat makan nasi ayam penyek.
Actually kitorang tak tau jalan main redah je la pergi bangi. Pusing pusing tempat yang same jugak dan akhirnya jumpe jugak kedai tuh. *Tepuk tangan and buad muke lega*.Tapi mase tuh dah pukul 7. Memang kitorang buka puasa dalam kereta je. Nasib baik before gerak bangi dah singgah bazar beli makanan ringan ringan.
Then singgah kedai kek kat presint 15. Tetibe kakngah suruh orang tuh letak nama tirah sekali kat atas kek tuh. Pergh surprise la kan sebab dia nak celebrate my up coming birthday jugak rupenye. *terharu sampai tak terkata ape ape*
Yang tak boleh bla dalam kereta boleh pulak dia buad cerita sedih. Dia cakap ' tirah,even kakngah selalu marah marah kau buli kau buad macam macam kat kau,kakngah tetap sayang kau. Dah anggap kau macam adik kandung'. Okay tangkap syahdu bhai mood terharu plus sedih dalam kereta. Hehehehe.
Sampai rumah pukul 8 and kitorang siap siap gerak taman tasik putrajaya pulak. Celebrate birthday kat situ la. Seronok tau lepak kat situ dengan angin malam sepoi sepoi bahasa. Dengan mate pun dah rabak ni memang mood nak tidur je sebenarnye. Tapi disebabkan kesungguhan kakngah nak buad surprise ni layan kan je la. Okay tuh je nak cerita and jom tengok kegambaran kami di bawah ni.
Korang yang suke makan nasi ayam penyek,tirah suggest pergi la kat restoran ni. Dekat dengan UKM,Bangi. Sedap gila nasi ayam penyek dia.
Cake for birthday boy and birthday girl. Blueberry Cake.
Kegilaan kami bergambar terserlah. Mentang mentang tak ramai orang kat situ. Kemain bergambar sakan.
Kakngah and tirah like sibling right?
Seronok lepak celebrate birthday dengan diorang. Actually kakngah and brother FK dah macam sibling tirah. By the way thanks sangat sangat tau korang. Sampai demam tirah dibuatnye. Hehehe.
|