|
About Me ![]() My Dreams ![]() Superduper Hero <3 ![]()
| Merdeka Raya 2012
Semalam tengah feeling mengantuk kat table dengan mate yang agak rabak tetibe ade staff panggil suruh masuk bilik meeting. Dia cakap Pn Sham suruh join meeting sekali. Tirah pun terus amik buku nota and pen gerak la menuju bilik meeting. Sekali tengok bos and timbalan bos dah ready nak start meeting. Okay terus segar je mate tirah yg sepet ni. Hahaha.
Ekceli meeting ni for all practical student. Ade 6 orang practical student baru masuk semalam. 3 perempuan dari UPM and 3 lelaki dari UPNM ( bak kate cik linda diorang ni army so tough tough semua ) Lol ! So kira ni sesi nak memperkenalkan diorang ni la. Yang tirah pulak time meeting best je layan cik linda borak. Boleh pulak dia duk puji tudung and baju tirah cantik. Blushing seketika. muahahaha.
Then lepas je meeting tirah pergi jamuan raya kat dewan utama. Serious meriah gila kot memang sediakan perut je la kan. Menteri Pengajian Tinggi pun ade jugak and bebudak poli pun turun kpt buad persembahan. And dengar cerita student PSIS pun datang join jamuan kpt. Patut la macam ternampak si botak kawan shinchan tuh.
Korang yang kerja area putrajaya pun boleh je kot datang makan makan semalam sebab jamuan tuh for 3000 orang. Memang taknak ramai lagi ke woii. Makan pun memang sedap sedap. Siap duk bakar satay bagai. Dah kalau namenye raya so memang akan ade banyak jamuan la kan. Rugi la kalau tak join. So semalam aktiviti yg nak tulis dalam report adalah makan makan makan and makan sampai balik :P
Tips nak hilangkan mengantuk mase meeting makan la gula gula. Jangan main handphone sebab nanti bos membebel marah. Watlek watpeace :)
|