|
About Me ![]() My Dreams ![]() Superduper Hero <3 ![]()
| Macaroni Cheseeee
Assalamualaikum readers. Okay today I nak share recipi sikit la kan iaitu macaroni chesee. Semalam entah mimpi ape balik kerja je terus pergi shopping barang-barang nak buad macaroni cheese. Tapi before tuh dah tengok kat belog dah bahan and cara nak buad macaroni chesee ni.
So I already know what should I buy. Macam lonely je la pulak kan jalan sengsorang kat AEON market tuh cari barang hahaha. Awak ni tak pernah beli barang dapur sendiri sebab selalu beli dengan mak je. Nasib baik dah tulis siap siap dah senarai barang semua. I just beli macaroni, susu segar, parmesan cheese, cheseedel and daging kisar.
Okay settle bab beli barang and sampai je rumah operasi masak memasak pun bermula. Eceh macam chef profesional sangat je padahal jarang ke dapur masak sendiri. Ops kantoi sudah hehehe. Berdasarkan recepi dari belog yang I tengok maka berhasil la macaroni cheese. By the way sedap gila wa cakap lu. Tak sangka I ni ade bakat terpendam pandai jugak I masak. *puji diri sendiri hahaha*.
Dear boyfriend sayang : Awak suke macaroni cheese tak? Nanti baby masak kan untuk bie ye :)
Bahan-Bahan :
1 paket macaroni ( Ikut suke nak macaroni yang macam mane )
3 cawan keju parmesan or mozarella
1 liter susu segar
4 sudu besar mentega
2 sudu tepung gandum
sosej,daging kisar or cendawan butang
blackpaper and sedikit garam
Cara-cara membuad macaroni cheese :
Masak air dan sedikit garam sehingga menggelegak dan masukkan macaroni
Bile sudah lembut, angkat dan toskan
Cara membuad sos putih :
Cairkan butter dalam kuali dan masukkan tepung gandum.
Kacau sehingga warna keperangan dan masukkan susu.
Masukkan keju dan kacau sampai nampak pekat.
Masukkan blackpaper dan sedikit garam.
Masukkan daging kisar dan sosej.
Masukkan macaroni dan gaul.
Siap sudah dan hidangkan so boleh la makan.
*Siap je macaroni terus cerita kat mak and ayah and diorang suruh masakkan
nanti. Okay bangga kejap hahaha*
Selamat Mencuba :)
|